HAPPY SAD ANGRY

Wednesday, 22 May 2013

sedar tak sedar dah nak habis satu semester dah. .lama-kelamaan banyak benda aku dah faham tentang erti sebenar kehidupan. Aku dah alami pelbagai peristiwa suka dan duka. Kena tipu dengan kawan sendiri dan macam-macam lagi. Tapi aku tahu mungkin dia tak sengaja nak tipu aku. Kadang-kadang aku terkilan jugak bila teringatkan peristiwa tu. Apa boleh buat dah nasib badan. Nak marah pun dah tak boleh. Benda dah lepas. Nak tak nak terima je la keadaan bahawa aku dah kena tipu dengan kawan aku sendiri.


Thursday, 9 May 2013

budak trauma

hahahahha. .lepas accident motor baru aku sedar yang tempat aku sewa tu tak selamat. herm. .teruk jugak aku kena. yang paling teruk sekali muka aku la. dan semenjak itu, aku rasa macam budak kelas dah tak suka kat aku especially 3 serangkai yag ada dalam kelas aku.
   cerita hari ini - lepas balik dari kolej komuniti selandar, tiba-tiba seorang budak kelas aku, liyot(aliya) di cakap benda yang buat hati aku terguris. tapi sebenarnya tak pon. dia cakap siapa yang dah buat cikgu cmr jadi pendiam, tolong pergi minta maaf kat cikgu cmr. mula-mula tu aku terasa la gak. tapi bukan aku pon. rupa-rupaya liyot perli kawan aku nama dia Mas. baru aku tahu semua orang dalam kelas dah anti dengan dia sebab mulut becok dan cakap ikut sedap mulut je. aku pon kadang-kadang makan hati jugak lah dengan dia. Semalam dia cakap aku malas nak buat kerja masa kursus buat roti. aku bukan tak nak buat, tapi tangan aku luka and sakit macam mana nak uli tepung tu. tapi aku tak nak lah bermusuhan dengan dia sebab aku tak suka gaduh-gaduh ni.
    exam dah nak dekat ni. tapi satu hapak pon aku tak baca. tapi aku akan blajar bersungguh-sungguh. kalau tak pointer jatuh.
    rindunya kat kawan lama. harap-harap diorang tak lupakan aku. aku takkan lupakan kenangan masa kat sekolah lama. I miss you guy! muah!!! :)